Sunday, March 28, 2010

finally

Aku mencuri sedikit masa rehat di ruang kerja Parlimen hari ini untuk mewujudkan blog ini..errmm..namanya Aku: itu ini.Rasanya ia merupakan nama yang menggambarkan sesuatu yang bakal aku coretkan dalam blog ini..

Sebenarnya, aku baru sihat setelah doktor panel mengesahkan aku terkena jangkitan kuman dalam darah.Patutla seminggu yg lepas aku selalu demam on off. Terkejut menerima perkhabaran duka dari doktor itu menyebabkan mulutku terus terkunci yang sebelum ini aku sudah berkira- kira menyediakan soalan2 untuk aku ajukan kepada doktor.

Akhirnya aku terlupa untuk bertanyakan bagaimana penyakit ini boleh berlaku? sedangkan aku ini boleh disifatkan sebagai 'Bacillophobia' iaitu fobia terhadap microbes dan kuman. Perut tas tanganku tidak pernah tercicir daripada sanitizer yang setiap pagi aku lumurkan pada stering n gear kereta..juga meja di ofis ku serta tempat2 yang selalu aku sentuh...

Hurrmm...aku akan sedaya upaya mencari jawapan itu..

No comments:

Post a Comment